RSS

Cerpen

PELANGI SELEPAS HUJAN



Di bawah rimbunan pepohon jambu yang rendang, Nur Ariesya Maisarah kelihatan termenung memikirkan nasib dia setelah tamat menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sambil melihat adiknya bermain bola bersama sahabatnya di halaman belakang rumah.

   "Apakah langkah aku seterusnya selepas ini? Sekiranya, keputusan SPM aku baik, adakah ummi dan abi mengizinkan aku meneruskan pengajian di universiti?" Monolog hati Ariesya sendirian.

Ariesya bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi pada masa yang sama, dia memikirkan kesihatan abi yang menghidap penyakit asma.

     "Assalamualaikum makcik. Esya ada tak?" Soal Engku Hakimi.


   "Waalaikumussalam Kimi. Masuklah dulu. Esya ada kat belakang tu. Nanti makcik panggilkan Esya." Jawab Makcik Rogayah.


     "Eh, tak ape makcik. Biar saya saja yang pergi cari Esya kat belakang." Jawab Kimi.

     "Kalau macam tu tak apa la. Kimi pergilah kat belakang ye. Kamu tengok-tengokkan Esya ye Kimi. Sejak kebelakangan ini, makcik tengok Esya selalu duduk termenung. Bila makcik tanya, dia jawab tak de apa. Risau makcik dibuatnya." Kata Makcik Rogayah lalu pergi meninggalkan Kimi.

     "Along... Abang Kimi datang." Teriak adik bongsu Esya.

Kemudian, Esya terus memandang Kimi yang berjalan menghampirinya.


     "Assalamualaikum Esya. Kenapa termenung je ni? Teringat kat aku ke?" Kimi cuba berjenaka.


     "Waalaikumussalam Kimi. Eh! tak ada la. Tak ada masa aku nak ingat kat kau. Bukan dapat apa-apa pun. Aku tengah berangan nak jumpa putera raja ni." Esya pula yang berseloroh.


     "Ye la. Aku apa yang ada. Kerja pun tak. Duduk memerap kat rumah je. Aku dah la tak kacak macam putera raja kau kan?" Giliran Kimi pula yang mengenakan Esya.


     "Dah-dah. Kau jangan nak buat muka kau yang tak laku tu. Nanti mak kau serang dan marah sebab aku buli anak terunanya." Kata Esya  sambil buat muka tak bersalah.


     "Esya, kau nak dengar cerita tak?" Soal Kimi.


     "Cerita putera raja ke? Hehehe." Jawab Esya.


     "Bukanlah. Ceritanya macam ni." Kata Kimi pula.


     "Ada seorang pemuda ni, dia selalu buat kecoh di sekolah. Kemudian, apabila dia berjalan di kawasan padang sekolah untuk bergaduh. Tiba-tiba, dia jatuh tersungkur dan lutut berdarah akibat tersepak batu yang kecil."


     "Selepas itu, dia terus marah pada batu tersebut. Walhal itu hanyalah batu. Kenapa dia yang mempunyai sepasang mata yang tidak boleh melihat dengan jelas?" Jelas Kimi.


    "Apa pemuda itu lakukan selepas marah batu itu?" Esya pula bertanya.

     "Pemuda itu tiba-tiba terdiam seketika. Terasa ada rasa bersalah yang menyelubungi dihatinya." Jawab Kimi.

     "Apa yang kau cuba nak sampaikan ni Kimi? Soal Esya.

     "Sebenarnya, apa yang terjadi pada kehidupan kita adalah ujian. Sama ada ujian itu kecil atau besar, kita perlu hadapi. Seperti dalam cerita tadi, batu itu tak bersalah. Itu baru ujian yang kecil. Sekiranya pemuda itu tidak tersepak batu tersebut, tentu pemuda itu bergaduh di padang sekolah."


     "Apabila kita cuba bertenang dalam apa-apa situasi, kita dapat rasakan indahnya merasai ketenangan. Memang tidak dinafikan bahawa apabila kita marah atau sedih, kita mudah terjerumus dengan emosi. Tetapi apabila kita cuba tenangkan hati sekejap, insyaALLAH hati kita tenang." Jelas Kimi lagi.

Esya tekun mendengar apa yang diceritakan oleh Kimi walaupun dalam hatinya terasa sebak kerana ada sahabat yang memahaminya.

     "Aku harap kau boleh fahami apa yang aku cuba sampaikan. Bersabarlah. Trust in Allah always. Allah berfirman: Sesungguhnya Allah tidak uji hambanya diluar kemampuan hambanya (65:7). " Kata Kimi.

     continue...

                                                                                               



KERANA DEK AIR, BATU BOLEH JADI LEKUK

Tatkala hujan turun dengan renyainya, qalbu Esya terasa tenang dan damai. Kemudian, Esya terus berdoa, "Ya ALLAH turunkanlah hujan yang bermanfaat." Seusai berdoa, Esya terus ke ruang dapur untuk membantu ibunya menyiapkan makan malam.

     "Along... kenapa ibu selalu nampak along sedih?" Soal Ibu Esya.

     "Along tahu kan, rumah kita tak cantik seperti rumah orang lain. Biarlah harta kita sedikit, jangan biar iman kita sedikit juga." Sambung ibu Esya lagi.

     "Ibu... bukan itulah maksud along. Ni hah... bawang yang Along kupas ni selalu buat along sedih. Wahai bawang, kenapa kamu selalu bikin aku keluar airmata?" Esya cuba buat drama walaupun dalam hatinya sedih.

Benarlah bahawa, naluri seorang ibu tidak pernah menipu. Seorang ibu mempunyai hati dan jiwa yang sangat kuat walaupun dirinya kini dimamah usia.

Sambil menyambung kerjanya mengupas bawang, Esya berdoa dalam hati supaya keluarganya selalu gembira dan sihat.

     "Along sayang sahabat along? Along pernah sakit hati dengan sahabat tak?" Soal Ibu Esya lagi untuk mencungkil apa yang selalu bermain diruang minda anaknya itu.

     "Ermmm... Ye, ibu. Along sayang sahabat dan along juga pernah terluka hati." Jawab Esya dan terus menunduk mukanya ke bawah.

     "Adakah along masih menghubungi sahabat along itu?" Soal Ibu Esya.

     "Tidak ibu." Balas Esya dengan nada yang sebak.

     "Pain is the best motivation in our life. Cuba along uzlahkan diri kepada Allah dan amalkan bersikap husnuzhon. insyaALLAH, along akan dapat jawapan. Walaupun hati along sakit tetapi ingatlah Allah selalu bersama along."

"Let's wash our heart everyday with zikrullah and selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman: Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia (13:28)." Nasihat Ibu Esya dengan panjang lebarnya.

     "insyaALLAH, ibu. Along berusaha lakukan apa yang ibu cakapkan itu. Andainya along jatuh, ibu jangan tinggalkan along ye. Along sayang ibu. You're my superhero." Esya cuba menenangkan dirinya.

Setelah siap menyediakan makan malam, Esya terus masuk ke kamar tidur untuk menulis sesuatu dalam diarinya itu.

Bismillahirrahmaanirraahim...

Wahai temanku,
sahabatku yang dirindui.

Ketahuilah bahawa
kadang-kadang penantian amat menyeksakan
sekiranya dipengakhiran kisah hidup kita ini
membawa kekesalan dalam diri.

Kata ibuku,
kita perlu berusaha dan
bersyukur dengan kurniaan Ilahi.
insyaALLAH hidup kita terasa bahagia
walaupun pada hakikatnya kita menderita.

Ini kerana kita percaya dan redha
dengan ketentuan Ilahi.

Senyumlah sahabatku sayang,
Walaupun kita berjauhan,
aku tidak lupa untuk berdoa
untukmu wahai sahabatku.

Salam sayang untuk
sahabat yang ku sayangi.
Uhibbuki fillah.

Continue...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS