RSS

Monolog

TIKA DIKEPEKATAN MALAM

Tatkala aku duduk bersendirian,
dibenakku ini tercipta kerisauan.
Hanya memikirkan masalah.
Padahal masalah itu akan datang
bila kita fikir itu masalah.

Namun di ruang mindaku ini,
sukar untukku mengakses
kata-kata semangat.

Benarlah bahawa,
apabila kita berfikir secara positif,
Keajaiban akan berlaku kerana
otak kita menerima isyarat positif.
Begitu juga sebaliknya.

Usah ditangisi dan meratapi
kerana itu hanya melemahkan jiwa.
Bangkitlah menuju cahaya
yang menyinari hari-harimu.

Dengan mengingati Allah,
hati menjadi tenang.

Zikrullah dan selawat adalah
perkara yang wajib dilakukan setiap hari
agar menambahkan kecintaan kita kepada
Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

Via: fs626

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS